ROAD STAR MAGAZINE

SESI LAWATAN KE MOTOR CITY

Mengenal Lebih Dekat Produk Dan Jenama Edaran Motor City Autopart

Beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Motor City Auto Parts merupakan pengedar yang bertanggungjawab mengedarkan beberapa jenama produk dan barangan autopart motosikal ke pasaran tempatan. Antara jenama yang diedarkan termasuk bateri motor jenama Thai-X dan jenama Outdo, barangan autopart jenama Ezuki, dan juga tayar berjenama Kenda.

Pada 25 Mac lalu, pihak Motor City Autopart telah menjemput CRS Perak Official untuk program lawatan ke kilangnya.
Pelbagai aturcara disusun bagi memeriahkan program ini. Sebelum memasuki kawasan premis kilang, para peserta dihimpunkan di kawasan parking Tesco
Alma untuk Ujian Test Kendiri. Sejurus itu, para peserta dibawa wakil Motor City, En.Ang memasuki kawasan kilang untuk sesi taklimat ringkas tentang jenama dan produk yang dipasarkan syarikatnya.

Kemudian, para peserta berpeluang berkenalan dengan barisan pengurusan yang diketuai En.KK Loh. Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti selingan iaitu permainan dart di mana setiap peserta diberi 2 peluang untuk memenangi hadiah yang disediakan seperti bateri motor Thai-X, Brake pad Ezuki, face mask, suis relay dan banyak lagi hadiah yang menarik.

 

Program lawatan ke kilang yang dianjurkan oleh Motor City Autopart (M) Sdn Bhd ini berlangsung meriah. Diharapkan lebih banyak program sama diadakan di masa akan datang untuk memberikan peluang kepada para peminat dunia permotoran mengenali produk edaran Motor City dengan lebih dekat.